rumusan SPM

PANDUAN FORMAT PENULISAN RUMUSAN YANG TEPAT

 
 
a)  Tulis dalam empat perenggan
iaitu perenggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat, dan kesimpulan
-  Rasionalnya ialah untuk memudahkan pemeriksa untuk mengenal pasti isi di setiap perenggan.  Kita mudahkan pemeriksa ...pemeriksa mudah memberi kita markah.
 
b)  Jumlah perkataan jangan melebihi 120 patah perkataan.  
    -  Perkataan yang melebihi 120 perkataan itu akan dipotong dan tidak akan diperiksa oleh pemeriksa.  Alangkah ruginya jika ayat/perenggan yang tidak diperiksa itu mengandungi isi tersirat  dan kesimpulan.  Walaubagaimanapun, jika tidak dapat dielakkan maksimum 5 patah perkataan yang melengkapkan ayat terakhir itu masih diterima.
 
c)   Mulakan setiap perenggan dengan frasa yang tepat dan jelas.
 
Contoh
 
Perenggan 1- Pendahuluan
Petikan membincangkan punca/ sebab/ alasan  pemilihan Malaysia sebagai  destinasi pelancongan pendidikan di peringkat antarabangsa
 
Perenggan 2 - Isi tersurat
Antara faktornya/faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pendidikan ialah ..........................................................................
 
Perenggan 3 - Isi Tersirat
Antara faedahnya kepada negara ialah............
 
Perenggan 4 - Kesimpulan
 
Kesimpulannya, semua pihak haruslah  ....................( cadangan ) agar............................................................. ( harapan )


Panduan
Kata Kunci Rumusan (untuk menulis Pendahuluan)
 
Fokus Utama
maksud
Masalah
 
Kekangan
Halangan
Rintangan
cabaran
Faktor
Punca
Sebab
Perkara yang menyebabkan
Kepentingan
Keperluan
Kebaikan
Faedah
Manfaat
Kelebihan
Keistimewaan
Langkah
Apakah
Strategi
Kaedah
Cara
Tindakan yang perlu diambil
Peranan
Tugas
Tanggungjawab
Kewajipan
Tujuan
Matlamat
Objektif
Motif
Kesan
Akibat
Impak
Implikasi
Keburukan
Kesan negatif

 

2. Petua Menjawab Ringkasan dan Pemahaman Petikan Umum.doc (62976)